Episod 1: Application Specialist – Kerja Sebenar, Bukan Sekadar Support Sistem

Share this:

Show Notes

Dalam episod pertama Jumbo Frame Podcast – Kisah Sebenar Kerjaya IT, host Zaini Ismail, seorang IT Project Manager, menemu bual En. Zhafri, seorang Application Specialist yang mempunyai pengalaman lebih 12 tahun dalam bidang application, system support dan development.

Episod ini membongkar realiti sebenar kerjaya sebagai Application Specialist / Application Engineer — satu role penting dalam dunia IT yang bukan sekadar support sistem, tetapi juga perlu memahami keperluan user, menyelesaikan isu aplikasi, bekerjasama dengan vendor dan developer, mengurus deployment, membuat troubleshooting serta memastikan sistem dapat menyokong operasi kerja harian.

Kerjaya ini sangat sesuai untuk mereka yang berminat dengan gabungan technical skill, problem solving, komunikasi dengan user, business process dan system improvement.

Apa Yang Dibincangkan Dalam Episod Ini

Dalam episod ini, kita kupas:

✅ Apa sebenarnya kerja Application Specialist
✅ Perjalanan kerjaya En. Zhafri dengan pengalaman lebih 12 tahun
✅ Realiti kerja application support dan development
✅ Cabaran bila sistem error, application crash atau user menghadapi masalah
✅ Cara berurusan dengan user, vendor, developer dan pihak business
✅ Skill penting untuk fresh graduate dan junior IT
✅ Career path dalam bidang application support
✅ Gaji dan potensi perkembangan kerjaya
✅ Nasihat kepada student, fresh grad dan mereka yang berminat masuk bidang IT

Kalau anda sedang belajar IT, baru mula bekerja, atau ingin memahami kerjaya IT dengan lebih realistik, episod ini sesuai untuk anda.

Tonton Podcast penuh, klik video di bawah:

Cari Kerja Kosong IT Terkini

Kami juga menyediakan senarai kerja kosong berkaitan IT untuk membantu student, fresh graduate dan professional IT mencari peluang kerjaya yang sesuai.

Layari: https://jumboframe.my/jobs

Tentang Jumbo Frame Podcast

Jumbo Frame Podcast ialah podcast kerjaya IT berbahasa Malaysia yang berkongsi pengalaman sebenar daripada pelbagai profesional IT.

Kami membincangkan realiti kerja, pengalaman pahit manis, cabaran, gaji, kemahiran, peningkatan kerjaya dan nasihat kerjaya untuk membantu lebih ramai orang memahami dunia IT dengan lebih jelas dan praktikal.

Komen Di Bawah

Kerjaya IT apa yang anda nak kami interview selepas ini?

Adakah anda mahu kami kupas role seperti:

  • System Engineer
  • Network Engineer
  • Cybersecurity Analyst
  • Database Administrator
  • IT Support
  • IT Project Manager
  • IT Procurement Manager
  • Cloud Engineer
  • DevOps Engineer

Kongsikan cadangan anda di ruangan komen.

Jangan lupa Like, Comment, Subscribe dan share episod ini supaya lebih ramai orang mendapat manfaat tentang realiti kerjaya IT di Malaysia.

Share this:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top